Saturday 23 June 2012

kematian dan alam barzakh satu kepastian

assalammualaikum,khaifahaluk(apa khabar)?ana toyib... :)alhamdulillah... harap anti dan anta semua sihat...
 okey ana sebenarnya taknak membuang masa para2 pembaca dengan celoteh ana,oleh itu ana nak terus ke topik yang ana ingin kongsikan pada hari ini....okey semua dah tahu kan topik apa yang ana nak bincangkan..umm bagus2 :)

sebut pasal kematian,semua yang hidup pasti akan merasai mati...dan alam barzakh iaitu alam kubur adalah satu kepastian....jadi di sini ana ingin berkongsi sedikit pengetahuan yng ana pelajari...jom!

okey disebabkan semua orang pasti akan merasai mati,adakah cukup amalan2 kita didunia ini?banyak tak bekalan yang akan aku bawa disana? pasti semua tertanya2 pada diri sendiri...bagi diri ana,ana pun merasa diri ana tidak cukup sempurna,hanyalah manusia yang sering melakukan dosa dan tidak dpt lari darinya...oleh itu,selagi nyawa dikandung badan, marilah kita sama2 memperbnyakkan amlan untuk menghadapi kematian...

Antara Amalan untuk menghadapi kematian:
1.bertaubat
2.beristighfar
3.melaksanakan perintah Allah s.w.t
4.meninggalkan larangan Allah
5.menyeru makruf(kebaikan) dan mencegah mungkar(keburukan)

sebab perlu bersedia menghadapi mati kerana,kita tidak boleh kembali kedunia selepas mati.Agar roh dapat keluar dengan mudah,selamat daripada azab kubur,selamat daripada neraka.....

okey,saudara saudari dah baca kan sebab2nya,sekarang saya nak beri penjelasan... kita perlu bersedia menghadapi mati kerana kita tidak tahu ajal kita tiba pada waktu bila,semua orang impikan mati mereka dalam keadaan yang baik jadi apabila kita bersedia menghadoai insyaallah mati kita dalam rahmat Allah amin...dan maksud agar roh dapat keluar dengan mudah pula adlah saat seseorang itu nazak malaikat izrail mencabut nyawanya dari hujung kaki,jadi kepada sesiapa yang pernah melihat keadaan jenazaj seseorang pasti mereka akan rasa di hujung kaki si mayat sangat sejuk..apabila saat roh ingin keluar daripada jasad seseorang ia akan bergelut dengan nafsu di peringkat rongga anak tekak kita,ini adlah kerana nafsu tidak mahu berpisah dengan roh jadi jikalau amalan kita banyak insyaallah saat roh ditarik jenazah pasti kelihatan tidak terseksa...wallahhualam dan selamat dari azab kubur,menurut ustadz saya,dia mengatakan ''sebelum kita mengetahui jalan kita ke neraka atau syurga,kita pasti akan menempuh azab kubur..jikalau orang yang tidk beriman mereka pasti akan dihimpit kubur sehingga bertemu rusuk kanan dan kiri..nauzubillah''

Hikmah mengingati mati dan alam barzakh:
kita akan istiqamah dalam melakukan ibadat,zuhud,mencegah kemungkaran dan memberi keinsafan kepada manusia agar takut untuk melakukan dosa...

jadi sampai sini sahaja coretan dan perkongsian saya untuk topik ini,maaf andai terkasar bahasa atau tersalah dlam menyata atau menulis perkra yang salah...saya hanya ingin berkongsi apa yang saya pelajari..saya harap entry ini dapat memberi kesedaran kepada para2 pembaca blog saya ini...saya ingin mengucapkan syukran jazillan kerana sudi membaca...saya akhiri entry ini dengan bismillahhirrahmannirrahim...wasalam :)




kalau tak berapa jelas sangat tulisan gambar berwarna hitam ini just clik sahaja pada gambar untu lihat lebih jelas...tq :)


2 comments:

  1. terima kasih adik for this good entry. :) semoga kita terus istiqamah dalam apa jua yg kita lakukan.

    ReplyDelete