Saturday 23 June 2012

kematian dan alam barzakh satu kepastian

assalammualaikum,khaifahaluk(apa khabar)?ana toyib... :)alhamdulillah... harap anti dan anta semua sihat...
 okey ana sebenarnya taknak membuang masa para2 pembaca dengan celoteh ana,oleh itu ana nak terus ke topik yang ana ingin kongsikan pada hari ini....okey semua dah tahu kan topik apa yang ana nak bincangkan..umm bagus2 :)

sebut pasal kematian,semua yang hidup pasti akan merasai mati...dan alam barzakh iaitu alam kubur adalah satu kepastian....jadi di sini ana ingin berkongsi sedikit pengetahuan yng ana pelajari...jom!

okey disebabkan semua orang pasti akan merasai mati,adakah cukup amalan2 kita didunia ini?banyak tak bekalan yang akan aku bawa disana? pasti semua tertanya2 pada diri sendiri...bagi diri ana,ana pun merasa diri ana tidak cukup sempurna,hanyalah manusia yang sering melakukan dosa dan tidak dpt lari darinya...oleh itu,selagi nyawa dikandung badan, marilah kita sama2 memperbnyakkan amlan untuk menghadapi kematian...

Antara Amalan untuk menghadapi kematian:
1.bertaubat
2.beristighfar
3.melaksanakan perintah Allah s.w.t
4.meninggalkan larangan Allah
5.menyeru makruf(kebaikan) dan mencegah mungkar(keburukan)

sebab perlu bersedia menghadapi mati kerana,kita tidak boleh kembali kedunia selepas mati.Agar roh dapat keluar dengan mudah,selamat daripada azab kubur,selamat daripada neraka.....

okey,saudara saudari dah baca kan sebab2nya,sekarang saya nak beri penjelasan... kita perlu bersedia menghadapi mati kerana kita tidak tahu ajal kita tiba pada waktu bila,semua orang impikan mati mereka dalam keadaan yang baik jadi apabila kita bersedia menghadoai insyaallah mati kita dalam rahmat Allah amin...dan maksud agar roh dapat keluar dengan mudah pula adlah saat seseorang itu nazak malaikat izrail mencabut nyawanya dari hujung kaki,jadi kepada sesiapa yang pernah melihat keadaan jenazaj seseorang pasti mereka akan rasa di hujung kaki si mayat sangat sejuk..apabila saat roh ingin keluar daripada jasad seseorang ia akan bergelut dengan nafsu di peringkat rongga anak tekak kita,ini adlah kerana nafsu tidak mahu berpisah dengan roh jadi jikalau amalan kita banyak insyaallah saat roh ditarik jenazah pasti kelihatan tidak terseksa...wallahhualam dan selamat dari azab kubur,menurut ustadz saya,dia mengatakan ''sebelum kita mengetahui jalan kita ke neraka atau syurga,kita pasti akan menempuh azab kubur..jikalau orang yang tidk beriman mereka pasti akan dihimpit kubur sehingga bertemu rusuk kanan dan kiri..nauzubillah''

Hikmah mengingati mati dan alam barzakh:
kita akan istiqamah dalam melakukan ibadat,zuhud,mencegah kemungkaran dan memberi keinsafan kepada manusia agar takut untuk melakukan dosa...

jadi sampai sini sahaja coretan dan perkongsian saya untuk topik ini,maaf andai terkasar bahasa atau tersalah dlam menyata atau menulis perkra yang salah...saya hanya ingin berkongsi apa yang saya pelajari..saya harap entry ini dapat memberi kesedaran kepada para2 pembaca blog saya ini...saya ingin mengucapkan syukran jazillan kerana sudi membaca...saya akhiri entry ini dengan bismillahhirrahmannirrahim...wasalam :)




kalau tak berapa jelas sangat tulisan gambar berwarna hitam ini just clik sahaja pada gambar untu lihat lebih jelas...tq :)


Sabar menghadapi ujian Allah s.w.t

Assalammualaikum,meet ana aina agains...okey dalam entry ni ana nak membincangkan topik yang telah tertera di atas tu... ^ ....
                    Dalam surah al-Baqarah ayat 155-156 ada menyatakan bahawa Allah s.w.t menurunkan pelbagai ujian kepada manusia.Orang yang sabar mengahadapi ujian akan dijanjikan kegembiraan dengan pahala dan syurga....

Ujian Allah S.W.T Kepada Hamba-HambaNya
Dunia ini tempat ujian bagi setiap manusia tentang keimanannya kepada Allah s.w.t.Ada yang diuji dengan kesenangan,kekayaan dan kepandaian.Ada pula yang diuji dengan penderitaan,kesusahan dan bala daripada Allah s.w.t.

Bentuk ujian Allah s.w.t
a) perasaan takut dan gerun kepada musuh.
b) kematian atau kehilangan orang yang disayangi
c) kekurangan hasil tanaman
d) kelaparan atau kebuluran
e) kegawatan ekonomi

Allah s.w.t menjelaskan beberapa contoh musibah yang menimpa manusia.Mereka yang berjaya ialah yang teguh imannya,bersifat sabar,mengingati Allah s.w.t,menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.Tujuannya semata-mata memperoleh keredaan Allah s.w.t(surah al-Baqarah ayat 155)

Mereka yang lemah dan serba kekurangan perlu sentiasa berusaha,memohon pertolongan Allah s.w.t dan reda dengan apa yang telah ditetapkan.

Hikmah ujian Allah s.w.t kepada manusia
1.mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
2.melahirkan mukmin yang sabar,tabah dan gigih menghadapi apa jua rintangan.
3.melahirkan hamba yang reda,bersyukur dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
4.manusia dapat sentiasa muhasabah diri serta berusaha memperbaiki kelemahan yang lalu.

jadi dengan apa yang telah saya terangkan di atas,mudah-mudahan dapt memberi pengajaran kepada pembaca2 blog saya ini...setiap dugaan yang Allah berikan ada hikmahnya...bukan bermakna Allah memberi dugaan kepada kita kerana Dia murka kepada kita tetapi kerana Dia sayangkan hamba-hambaNya dan ingin hamba-hambaNya sentiasa bersabar dan berdoa memohon pertolongan dariNya...ingat Allah itu Maha Adil,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.... wasalam maaf jikalau ada terkasar bahasa atau tersalah typing...selamat membaca...tunggu entry2 ana di lain hari :)

Thursday 21 June 2012

perubahan yang memberi seribu makna...

assalammualaikum,alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk hidup....
         kita straight to the point,tujuan ana tulis tajuk di atas itu adlah kerana ingin berkongsi pengalaman @ pun cerita kepada pembaca2 blog ana ini...sebenarnya,dahulunya ana hanyalah seorang anak gadis yang suka berfesyen,pakai seluar jean,memakai tudung tetapi pakaian ana tidaklah menutupi aurat dengan sempurna..bersyukur ke hadrat ilahi ana telah mendapt hidayah dripadaNya seawal usia 15 tahun,ana bersyukur sangat2...sehinggakan kawn2,mak aina amat terkejut dengan perubahan ana...bayangkan dri seorang gadis yang berpakaian stylo berubah imej ke pemakaian jubah sebgai pakaian casual...bersyukur sangat2...
    dan apabila ana sudah berubah,kawan2 pun nmpk perubahan ana,mereka pun mula untuk mengikut jejak....alhamdulillah ada di antara rakan2 aina yang sudah berubh kearah kebaikan..apabila merka sudh mula berubah,mereka sudh berjinak2 untuk pergi ke masjid menghadiri kuliah2 dhuha,ana bersyukur sangat2...dan aina sentiasa doakan semoga Allah tidk membolak-balikkan hati ini..dan aina sentiasa berdoa semoga kawan2 aina yang lain pun akan berubah...amin insyaallah..... hanya ini shaja yang aina ingin kongsikan....semoga bertemu di lain lembaran jikalau masih diberi kesempatan untuk hidup di atas muka bumi ini,insyaallah...wasalam... :)

   

Wanita peliharalah satu anggota wajibmu,iaitu AURAT...

assalammmualaikum,meet ana aina... lama ana x post new articles,al-maklumlah budak PMR busy belajar lah....
    okey,tujuan ana ari ni adalah untuk membincangkan topik tentang AURAT!Ana lihat semakin ramai wanita zaman sekarang memandang remeh tentang aurat,kenapa?? bukankah itu satu perkara yang MESTI! kita tau dan wajib menjaganya bukan mempamerkannya di hadapan orang yang bukan muhrim....ana bukan apa,kadang2 apabila ana keluar berjalan2 ana berasa malu melihat ramai wanita islam tidak kira usia suka mengikut-ikut fesyen orang kafir....masyaallah...bila dunia di akhir zaman ini,manusia semakin alpa,lalai diulik keseronokan dunia yang sementara ini...KENAPA!!kita umat Nabi Muhammad di akhir zaman ini,sudah mula mengikut cara2 pemakaian pada zaman jahiliyah..sepatutnya apabila Islam sudah berkembang,manusia akan berubah ke arah kebaikan...
           ada satu kisah iaitu apabila Nabi Muhammad melihat neraka,penghuninya kebanyakkannya adalah kaum wanita,lalu Rasulullah menangis....wallahhualam..maafkan ana andai ana salah... Lihat wanita Rasulullah menangis apabila melihat ramai kaum hawa yang masuk ke dalam neraka!! nauzubillah... takutnya...tapi adakah dengan cerita2 sebegini dapat menginsafi kaum wanita...berubahlah selagi nyawa dikandung badan...jangan sia2kan peluang hidup anda hanya kerana ingin nampak cantik didunia dengan meperlihatkan auratmu di hadapan orang bukan muhrimmu,tak perlu nak cantik di dunia biarlah kita kelihatan cantik di mata Allah s.w.t..... tak perlu nak kejar populariti di dunia tapi kejarlah syurga Allah yang sungguh indah itu...jadilah wanita yang solehah,wanita yang ada maruah diri,bukannya perempuan murahan..maaf andai kata2 ana menyentuh sensitiviti mana2 pihak...ana cuma ingin berkongsi pendapat bukan untuk memerli kaum wanita di luar sana tapi ana sentiasa doakan,mudah-mudahan Anda mendapat hidayah daripada Allah sebelum mata tertutup dan meninggalkan dunia ini dengan keadaan bergelumangan dengan dosa...subhanaallah...
               wahai wanita,anda kelihatan cantik jikalau anda menutupi auratmu dengan sempurna,dan hanya memperlihatkannya di hadapan suamimu sahaja,janganlah kau siakan zaman bujangmu dengan disentuh oleh lelaki2 yang bukan muhrimmu yang terpesona melihat mu apabila kamu mendedahkan aurat,jagalah maruahmu...ia hanya berhak untuk insan yang bergelar Suami....ingat dosa silam pasti akan tercatat...apa yang mampu bertaubat kepada Allah,jadilah seorang wanita yang disayangi Allah,jadilah wanita yang hebat,yang dapat menahan nafsu...tak rugi malah ia akan memberi ganjaran yang besar kepadamu iaitu syurga idaman setiap orang Islam....jikalau anda tidak sanggup menanggung azab api neraka Allah...berubahlah sebelum terlambat....dang satu peringatan kepadamu wahai wanita....
  ''pakailah pakaian yang menutupi aurat,bukan yang membaluti auratmu,kerana jikalau hanya membaluti auratmu seolah-olah kamu berada dalam keadaan telanjang,dan janganlah kamu memperlihatkan hiasanmu melainkan apa yang pernah diperlihatkan,tutup auratmu dengan memakai pakaian yang longgar,apabila memakai tudung sanggul janganlah ditinggikan seperti bonggol unta,kakiku dipakaikanlah dengan stokin,lebih sopan pakailah skirt ataupun jubah ataupun baju kurung,....itu sahaja yang ingin ana kongsikan,maaf jikalau ana terkasar bahasa....wasalam.... :)
renung-renugkan selamat beramal.....



Monday 4 June 2012

Tenang

assalammualaikum......
               tujuan ana menulis tajuk 'Tenang' itu ada berkaitan dengan diri ana.... :D Tenang....dfinisi tenang bagi ana adalah suatu keadamaian yang dapat anda rasakan apabila berada di suatu tempat yang aman tiada bunyi riuh rendah..kan2.bagi ana tenang yang ana maksudkan adlah ketenangan apabila melihat wanita2 bertudung labuh,berjubah,memakai niqab..uhhhh hati ni rasa tenang je melihat mereka..... bayangkan jika anda melihat wanita2 di luar sana kebanyakkan yang kita jumpa memang menutupi aurat tapi! tidak menutupinya dengan sempurna...ana tidak bermaksud untuk menyindir mereka TETAPI! ingin  mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah,ke jalan yang benar....lagipun ISLAM itu MUDAh,cuma manusia yang menjadikan ISLAM itu SUSAH!...

          Ana membuat penegasan mengenai aurat kerana! wanita zaman sekarang sudah mulai berjinak2 mencuba pakaian2 orang kafir contohnya anak2 muda sudah mulai memakai short,singlet..and so on..pakaian2 yang mencolok mata...adakah itu dikatakan sedap mata memandang..for me it was wrong! itu hnya akan mengubah persepsi orang kafir terhadap orang Islam,try u all imagine..kalau anda adlah orang yang menutupi aurat,berkawan dengan orang kafir..tiba2 dia menanyakan soalah yang tidak pernah terlintas di fikiran kita..contohnya:
Mei Lin: siti,kenapa ahh saya tengok perempuan melayu ada yang pakai seksi2 bukanke wanita Islam wajib   menutup aurat?
 ................................................................................................................................................................
okey apa anda akan jawab jikalau soalan sebegini mungkin ada akan jumpa...manusia bukan 10 orang di dunia malah lebih jutaan orang tak mustahil jika ada di kalangan orang kafir yang akan menanyakan soalan sebegitu kan?? bagi saya sebagai orang Islam saya pun pasti akan berasa malu jika bangsa kafir menayakan soalan sebegitu,kita ini orang ISlam haruslah menunjukkan sikap yang baik dan tidak menjatuhkan maruah orang ISLAM!.... Cubalah anda renungkan2 di persekitaran anda bagaimana cara pemakaian orang2 zaman sekarang...cuba kita mencegah kemungkaran...tidak salah cuma perlulah kena pada gaya...saya ingin memohon maaf jikalau ayat2 saya ada yang salah ataupun menyentuh sensitiviti sesetengah pihak...saya cuma memberi pendapat atas apa yang saya rasa.... tidak salah jikalau kita ingin sama2 mencegah kemungkaran kan?? apa2 pun terima kasih kepada yang membaca entry saya ini...minta maaf sekali lagi  jikalau ayat2 yang saya karang di sini ada terdapat ksalahan...jikalau ada yang musykil dengan entry ini..bolehlah menghantar komen kepada saya....
      assalammualaikum...ahlan wa sahlan.... :D
                               '' BANGKIT ISLAM BANGKIT.....''