Saturday 7 July 2012

Balasan Orang Mukmin Di Syurga...

Assalammualaikum :)...ante semua sihat?ana alhamdulillah sihat walafiat....
okey,sebenrnya tujuan ana hari ni nak berkongsi cerita mengenai tajuk yang telah terpammpang di atas ni ..^
biasanya kita selalu mendengar balasan2 orang yang tidak mengikut perinta Allah...maksud ana balasan yang bakal diterima di neraka....hari ini ana nak cerita tentang 'balasan orang mukmin di syurga'

Allah s.w.t telah berfirman:
Maksudnya:''Wahai para hamba-Ku,tiada kekhuatiran atas kau pada hari ini dan tidak pula kamu bersedih hati.(iaitu) orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami dan adalah mereka dahulu orang yang berserah diri.Masuklah ke dalam syurga;kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan.Diedarkan kepada mereka piring-piring daripada emas dan piala-piala,dan di dalam syurga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. 
(Surah al zukhruf 43:68-71)
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.,beliau berkata:''Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:''kelompok yang pertama sekali akan masuk syurga adalah golongan orang yang wajah mereka bak bulan purnama,kemudian orang yang berada di peringkat bawahnya yang mana wajah mereka bak bintang yang bersinar cemerlang di langit.Mereka semua di dalam syurga tidak buang air kecil,tidak buang air besar,tidak meludah,dan tidak keluar hingus.Sikat mereka diperbuat daripada emas;bau peluh mereka bak minyak wangi;pedupaan mereka adalah aluwwah,kayu yang sangat wangi;pasangan mereka adalah bidadari;bentuk tubuh mereka sama,iaitu sebagaimana bapa mereka,Adam,yang tingginya 60 hasta.
(Riwayat Al-Bukhari no.3245 dan Muslim no.2834)

 tujuan ana kongsikan semua yang di atas adlah ingin mengajak umat-umat Nabi Muhammad,hamba Allah s.w.t supaya sama-sama kita melakukan amal kebaikan selagi nyawa dikandung badan,ingat balasan Allah itu benar,syurga dan neraka pasti ada,janganlah kita menjadi seorang manusia yang hanya memikirkan keseronokan duniawi yang tidak kekal ini,ingatlah balasan Allah yang kekal di akhirat kelak...ingat bahwasanya,Allah itu Maha Pengampun...bersegeralah memohon keampunan dariNya selagi diberi waktu untuk hidup..lupakan segala perkara yang melalaikan,yang tidak memberi apa2 faedah untuk kita malah memberi kerugian kepada kita.....

Saya juga hanyalah insan yang lemah,hina,khilaf,alpa dan sering melkukan dosa,tetapi saya juga takut apabila mendengar azab yang bakal ditempuhi oleh penghuni2 neraka..nauzubillah...saya juga ingin menjadi salah seorang hamba Allah yang masuk ke syurga...tetapi layakkah saya untuk ke sana? walau apa pun persoalan yang berada di kotak fikiran sya,saya pasti bahawa Allah menerima taubat hambaNya...Allah itu Maha Pengampun,Pengasih lagi Maha Penyayang....selagi nyawa di kandung badan marilah kita melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara2 mazmumah....

DUNIA HANYA SEMENTAR,AKHIRAT KEKAL SELAMANYA......

saya sudahi coretan saya dengan wabillahhi taufik walhidayah Assalammualaikum warrahmtullah hi wabarakatuh..... RENUNG-RENUNGKAN dan SELAMAT BERAMAL..... :)







2 comments: