Wednesday, 12 December 2012

Results PMR!! when??

Assalammualaikum..... khaifahaluk??? ana bi khoir..:D

Ana pasti semua pasti tertanya2,''bila result PMR keluar''?? kan2...yang ni adalah sumber yang ana dpt drpd blog 1 Dot Spot.... wallhahualam tak tau lah adakah benar tarikh keputusan tersebut...apa2 pun kepada calon2 PMR batch 97's dont worry always doa to Allah...wish that u can get excellent results...amin Ya Rabb..insyaAllah...:D lagi satu doa ibu bapa pun penting untuk anak2 dlm mencapai kejayaan...:) okey silalah baca artikel daripada blog.........1 Dot Spot...



Tarikh Keputusan PMR 2012



Bagi adik-adik tingkatan tiga tentu sekarang ini tertanya-tanya bilakah tarikh keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan.   Dan pada masa yg sama pasti adik-adik pelajar berdebar-debar menanti keputusan yang bakal diumumkan kelak kerana keputusan itulah yang akan menentukan aliran pada tingkatan empat nanti.

Sebelum kita menganggarkan bilakah tarikh keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan, marilah kita mengamati dahulu tarikh keputusan PMR pada tiga tahun kebelakangan.

Keputusan PMR 2009   ---------->   24 Disember (Khamis)
Keputusan PMR 2010   ---------->   23 Disember (Khamis)
Keputusan PMR 2011   ---------->   22 Disember (Khamis)

Apakah yang anda terfikirkan dan membuat analisa berdasarkan tarikh-tarikh tersebut?

Jika berdasarkan tarikh keputusan PMR 2009, 2010 dan 2011 tersebut maka bolehlah dibuat jangkaan bahawa tarikh yang paling diyakini untuk keputusan PMR 2012 diumumkan adalah pada hari Khamis 20 Disember 2012.

Dan terkini berdasarkan perbualan dengan rakan dari Pejabat Pelajaran Daerah, kemungkinan pengumuman keputusan PMR 2012 adalah pada 19 Disember.  Menurut beliau tarikh 19 Disember itu disebut oleh Pengarah Pelajaran Negeri.

Dan menurut  laman facebook Bpsbpsk Kementerian Pelajaran Malaysia juga, keputusan PMR 2012 akan dikeluarkan pada 19 Disember 2012 (hari Rabu).



Apa2 pun keputusan yang keluar anda kena bersyukur,jangan putus asa...ingat jika tahun ini takde rezeki..mungkin Allah nak beri yang lebih baik pada peperiksaan yang lain...insyaAllah semuanya rancangan Allah kita tak tahu...hanya Dia yang Maha Mengetahui...:) kita perlu terima qada dan qadar kita..:0 Jadilah hamba yang sentiasa bersyukur...:)






No comments:

Post a Comment