Assalammualaikum,meet ana aina agains...okey dalam entry ni ana nak membincangkan topik yang telah tertera di atas tu... ^ ....
Dalam surah al-Baqarah ayat 155-156 ada menyatakan bahawa Allah s.w.t menurunkan pelbagai ujian kepada manusia.Orang yang sabar mengahadapi ujian akan dijanjikan kegembiraan dengan pahala dan syurga....
Ujian Allah S.W.T Kepada Hamba-HambaNya
Dunia ini tempat ujian bagi setiap manusia tentang keimanannya kepada Allah s.w.t.Ada yang diuji dengan kesenangan,kekayaan dan kepandaian.Ada pula yang diuji dengan penderitaan,kesusahan dan bala daripada Allah s.w.t.
Bentuk ujian Allah s.w.t
a) perasaan takut dan gerun kepada musuh.
b) kematian atau kehilangan orang yang disayangi
c) kekurangan hasil tanaman
d) kelaparan atau kebuluran
e) kegawatan ekonomi
Allah s.w.t menjelaskan beberapa contoh musibah yang menimpa manusia.Mereka yang berjaya ialah yang teguh imannya,bersifat sabar,mengingati Allah s.w.t,menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.Tujuannya semata-mata memperoleh keredaan Allah s.w.t(surah al-Baqarah ayat 155)
Mereka yang lemah dan serba kekurangan perlu sentiasa berusaha,memohon pertolongan Allah s.w.t dan reda dengan apa yang telah ditetapkan.
Hikmah ujian Allah s.w.t kepada manusia
1.mengukuhkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t.
2.melahirkan mukmin yang sabar,tabah dan gigih menghadapi apa jua rintangan.
3.melahirkan hamba yang reda,bersyukur dan bertawakal kepada Allah s.w.t.
4.manusia dapat sentiasa muhasabah diri serta berusaha memperbaiki kelemahan yang lalu.
jadi dengan apa yang telah saya terangkan di atas,mudah-mudahan dapt memberi pengajaran kepada pembaca2 blog saya ini...setiap dugaan yang Allah berikan ada hikmahnya...bukan bermakna Allah memberi dugaan kepada kita kerana Dia murka kepada kita tetapi kerana Dia sayangkan hamba-hambaNya dan ingin hamba-hambaNya sentiasa bersabar dan berdoa memohon pertolongan dariNya...ingat Allah itu Maha Adil,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.... wasalam maaf jikalau ada terkasar bahasa atau tersalah typing...selamat membaca...tunggu entry2 ana di lain hari :)
No comments:
Post a Comment